MENU

ANUGERAH EMAS MiSHA ASIA EXCELLENCE AWARD 2025

Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya merangkul lima (5) Anugerah Emas dalam MiSHA ASIA Excellence Awards 2025, anugerah berprestij anjuran Malaysia International Safety and Health Academy (MiSHA) yang mengiktiraf kecemerlangan organisasi dalam pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di peringkat Asia.

Anugerah yang Dimenangi oleh MPP:

1. MiSHA MAIN AWARD GOLD (MMA 23) – MiSHA ASIA Excellence Award on OSH Risk Management in Government Sector 2025

2. MiSHA MAIN AWARD GOLD (MMA 44) – MiSHA ASIA Excellence Award on OSH Risk Management in Local Authority 2025

3. MiSHA SPECIFIC AWARD GOLD (MSA 2) – MiSHA Excellence Safety and Health Committee Awards 2025

4. MiSHA SPECIFIC AWARD GOLD (MSA 6) – MiSHA ASIA Excellence Award on Noise Management 2025

5. MiSHA SPECIFIC AWARD GOLD (MSA 21) – MiSHA ASIA Excellence Award on Healthy Lifestyle 2025

Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang, Encik Norazmi bin Amir Hamzah, dan berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Pusat Konvensional Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan MPP dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan mampan demi kecemerlangan perkhidmatan kepada masyarakat.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada usaha penambahbaikan berterusan dan menyokong aspirasi Majlis Perbandaran Pengerang ke arah organisasi berprestasi tinggi, sejahtera dan mampan.