MENU

Survei Khas 'Kesan Coronavirus Disease (COVID-19) kepada Ekonomi dan Individu'-Pusingan 1

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sedang menjalankan dua Survei Khas iaitu ‘Kesan COVID-19 Kepada Ekonomi dan Individu (Pusingan 2) dan ‘Kesan COVID-19 Kepada Ekonomi dan Syarikat/Firma Perniagaan (Pusingan 1)’ yang bermula pada 10 hingga 24 April 2020 secara atas talian.

Bagi Survei Khas ‘Kesan COVID-19 Kepada Ekonomi dan Individu (Pusingan 2), DOSM sekali lagi memohon kerjasama semua penduduk Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas untuk menyertai survei ini melalui pautan berikut:

https://bit.ly/SurveiCOVID19DOSMpusingan2

Manakala bagi Survei Khas ‘Kesan COVID-19 Kepada Ekonomi dan Syarikat/Firma Perniagaan (Pusingan 1)’, semua syarikat/perusahaan di Malaysia dipelawa menyertai Survei ini melalui pautan berikut:

https://bit.ly/SurveiCOVID19DOSMsyarikat

Perhatian dan kerjasama semua dalam memberi respons serta menyebarluaskan pemakluman survei ini amatlah dihargai.

Sama-sama kita membantu negara menangani krisis COVID-19.

#StatsMalaysia
#StayAtHome
#PrayForMalaysiaAndAll
#MalaysiaPerangiCOVID19