Penubuhan dan pengwujudan bandar-bandar baru KEJORA sebagaimana yang termaktub dalam Pelan Induk Johor Tenggara (Plan G 738) di bawah 410 Kanun Tanah Negara sebagaimana PU (B) 219 bertarikh 29 Mei 1973 telah memberikan tugas kepada KEJORA untuk mentadbir bandar-bandar barunya.
Pengwujudan bandar-bandar ini adalah bertujuan untuk menampung pertumbuhan penduduk dan melaksanakan obligasi sosial dan ekonomi oleh KEJORA. Konsep pembinaan bandar-bandar baru dilaksanakan mengikut objektif untuk memberikan segala kemudahan sosial mengikut "projected urban national standard" bagi membolehkan ia mempunyai daya saing dan daya keluaran yang lebih tinggi.
Kawasan pentadbiran LBJT di bawah Pelan Induk Johor Tenggara (Plan G 738) adalah sebagaimana berikut:
- Kawasan bandar-bandar baru KEJORA:
- Bandar Tenggara
- Bandar Penawar
- Bandar Mas
- Bandar Petri Jaya
- Bandar Sri Perani
- Kawasan Pelancongan Desaru dari Tanjung Sedili hingga Teluk Ramunia
- Kawasan Perkampungan Belungkur
- Taman Sri Lambak.
- Jalan-jalan utama iaitu :
- Sepanjang Jalan Kota Tinggi - Desaru dari sempadan Felda Air Tawar 5 hingga persimpangan Felda Adela sepanjang 13 batu. [Termasuk 40 rantai kiri dan kanan jalan]
- Sepanjang jalan ke Tanjung Belungkur dari persimpangan Jalan Kota Tinggi - Sungai Rengit hingga Jeti Terminal Feri Tanjung Belungkur sepanjang 11 batu. [Termasuk 40 rantai kiri dan kanan jalan]
- Dari jambatan Sg. Sayong Kota Tinggi hingga ke sempadan Bandar Tenggara sepanjang 4 batu. [Termasuk 40 rantai kiri dan kanan jalan]
- Sepanjang jalan dari Taman Sri Lambak hingga ke sempadan Felda Ulu Penggeli / Rancangan Ulu Cenas sepanjang 12 batu. [Termasuk 40 rantai kiri dan kanan jalan]
- Sepanjang jalan darisempadan Majlis Daerah Kota Tinggi hingga ke persimpangan Felda Bukit Waha / Bukit Aping sepanjang 100 batu. [Termasuk 40 rantai kiri dan kanan jalan]
- Sepanjang jalan dari Bandar Petri Jaya hingga ke persimpangan jalan Kota Tinggi / Kluang sepanjang 10 batu. [Termasuk 40 rantai kiri dan kanan jalan]
Pentadbiran bandar-bandar baru KEJORA ini dilaksanakan oleh Bahagian Kerajaan Tempatan yang berfungsi sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dikenali sebagai Lembaga Bandaran Johor Tenggara (LBJT).
LBJT ditubuhkan di bawah Seksyen 7, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Kuasa-kuasa yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada KEJORA sebagaimana Enakmen Bil. 7 (penyerahan tugas kepada KEJORA):
- Di bawah Seksyen 5 - LBJT boleh bertindak sebagai pemungut di bawah Kanun Tanah Negara.
- Di bawah Seksyen 7 - LBJT boleh menjalankan tugas sebagai Lembaga Bandaran.
Merujuk kepada Seksyen 7(2) pegawai-pegawai di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah diwartakan untuk menjalankan tugas di LBJT iaitu sebagaimana jadual berikut:
Pegawai Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) | Menjalankan Tugas Di Lembaga Bandaran Johor Tenggara sebagai |
Pengerusi |
Yang Dipertua |
Pengurus Besar |
Timbalan Yang Dipertua |
Pengurus Kerajaan Tempatan |
Setiausaha |
Pegawai Tadbir |
Penolong Setiausaha I |
Pegawai Tadbir |
Penolong Setiausaha II |
Akauntan |
Akauntan |
Pegawai Perancang Bandar dan Desa |
Pegawai Perancang Bandar dan Desa |
Pegawai Penilaian |
Pegawai Penilaian |
Penolong Pegawai Penilaian |
Penolong Pegawai Penilaian |
Penolong Pegawai Persekitaran |
Penolong Pegawai Persekitaran |
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat |
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat |
Penolong Pegawai Tadbir (Penguatkuasa) |
Penolong Pegawai Tadbir (Penguatkuasa) |
Penolong Jurutera, |
Penolong Jurutera |
Penolong Pegawai Lanskap |
Penolong Pegawai Landskap |
Juruteknik Komputer |
Juruteknik Komputer |
Pembantu Tadbir (P/O) |
Pembantu Tadbir (P/O) |
Pembantu Tadbir (Kewangan) |
Pembantu Tadbir (Kewangan) |
Penghantar Notis, |
Penghantar Notis |
Pembantu Operasi |
Pembantu Operasi |