1. Perlukah mendapatkan kelulusan bagi kerja-kerja ubahsuaian rumah?
Ya. Sebarang kerja ubahsuaian hendaklah mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan. Permohonan perlu dikemukakan melalui Perunding/Arkitek atau Pelukis Pelan Berdaftar yang diiktiraf.
2. Adakah pemasangan sengkuap (awning) perlu mendapatkan kelulusan?
-
Kategori Komersial
Pemohon hendaklah mendapatkan kelulusan Permit Kerja Kecil daripada pihak berkuasa tempatan. Permohonan perlu disertakan dengan salinan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) yang sah daripada Pejabat Tanah. -
Kategori Kediaman
Pemohon juga perlu mendapatkan kelulusan Permit Kerja Kecil. Walau bagaimanapun, permit tersebut tidak perlu diperbaharui semula selepas diluluskan.
3. Sekiranya permohonan dikemukakan selepas binaan telah siap di tapak, adakah denda akan dikenakan dan bolehkah denda tersebut dikurangkan?
- sekiranya permohonan dikemukakan setelah binaan dilaksanakan atau siap dibina tanpa kelulusan terlebih dshulu, pemohon boleh dikenakan denda 10 kali ganda selaras dengan peruntukan di bawah Undang undang Kecil Bangunan Seragam 1986, Jadual Pertama (17)
- Kadar denda yang dikenakan adalah mengikut ketetapan peruntukan undang-undang dan tidak boleh dikurangkan.
