MENU

Kadar Denda

Kelewatan pemilik pegangan menjelaskan bayaran cukai harta mengikut tempoh yang telah ditetapkan akan menyebabkan pemilik dikenakan denda lewat. Jumlah bayaran denda lewat bagi semua pegangan berkadar dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Pengerang adalah sebagaimana berikut :-

  1. Bagi kawasan yang sebelum ini di bawah pentadbiran Lembaga Bandaran Johor Tenggara, kadar denda adalah sebagaimana berikut :-

JUMLAH TUNGGAKAN

(RM)

KADAR DENDA

(RM)

1.00 hingga 100.00

3.00

100.01 hingga 200.00

6.00

200.01 hingga 300.00

9.00

300.01 hingga 400.00

12.00

400.01 hingga 500.00

15.00

500.01 dan ke atas

20.00 @ 2%

(mana lebih tinggi)

     

       2. Manakala bagi kawasan yang sebelum ini di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kota Tinggi kadar denda adalah RM5.00 (Ringgit Malaysia : Lima Sahaja) bagi setiap akaun tanpa mengambilkira jumlah tunggakan cukai harta.